Archive for 05/18/14

INFO-INFO TENTANG FOTOGRAFI

8 Comments »

EXPOSURE



Apa itu Exposure dalam Fotografi?

  • Exposure (dedahan) merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem. Kamera mengawal jumlah cahaya dalam dua cara melalui jumlah masa shutter di buka dan melalui saiz aperture pada lensa menyebabkan esposure yang sama dapat diperolehi daripada pelbagai kombinasi  shutter speed dan aperture.


Menganggar Exposure
 
  • Semua kamera moden 35mm SLR dan yang berformat setengah SLRs, mempunyai meter cahaya yang berada di sebelah lensa.  Ia digunakan untuk mengetahui jumlah exposure yang diperlukan oleh sesuatu subjek menggunakan film speed. Meter cahaya ini mudah menyala-sel sensitif yang memastikan jumlah cahaya yang terdapat pada subjek.   Jumlah cahaya diukur, sekali lagi dengan menggunakan skala separuh dan berganda.  Sebagai contoh, 5 bermaksud terdapat dua kali cahaya sebagaimana di paras 4 dan separuh sebagaimana di paras 6.




  • Film speed perlu ditetapkan dengan tepat bagi memperolehi bacaan exposure yang tepat.  Apabila permukaan ditetapkan pada paras cahaya yang sesuai, kombinasi julat f-stop dan shutter speed ditunjukkan. Semuanya akan menghasilkan exposure yang sama. Seting exposure yang sesuai mungkin diberi pada paparan digital.  Pelbagai meter cahaya hand-held boleh didapati yang digunakan secara berasingan dari kamera.


Spot Metering

  • Meter mengambil nyalaan bacaan daripada sebahagian kecil subjek yang dikenali sebagai spot. Pemilihan spot sangat penting kerana spot yang dipilih merupakan ton yang dikehendaki bagi dedahan cahaya yang tepat.


Center Weighted Metering

  • Meter mengambil nyalaan bacaan daripada subjek tetapi tempat yang menjadi tumpuan adalah di tengah-tengah kawasan.


Matrix Metering

  • Dengan cara ini, meter mengambil beberapa bacaan merintasi bingkai dan membandingkan ia dengan pangkalan data yang disimpan dalam memori sistem.


APERTURE 


Apa itu Aperture dalam Fotografi?


  • Aperture dalam bahasa mudahnya adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan cahaya, terus kepada image sensor atau kepada filem. Semakin besar kadar bukaan tersebut, semakin banyak cahaya yang dipantulkan dan di'capture' oleh image sensor @ film dan begitulah sebaliknya. Dalam dunia fotografi, aperture dikenali dengan simbol f sebagai contoh f/2.8.
  • Kadar bukaan yang besar (kemasukan cahaya yang banyak) selalunya mempunyai nombor aperture yang kecil. Sebagai contoh, f/5.6 lebih besar aperturenya berbanding f/32. Apa gunanya mengawal aperture? Mengawal aperture atau kadar bukaan cahaya ini mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik. 

 SHUTTER SPEED

Apakah itu Shutter Speed dalam Fotografi?



  • Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image di'capture'. keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang di'capture.' Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang di'capture'.
  • Shutter speed juga memainkan peranan penting semasa menangkap gambar. Jadi, apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Shutter speed ditentukan dalam unit per saat (per second). Sebagai contoh, 1/1000s dan 1/500s. Shutter Speed 1/1000s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/500s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang di'capture' lebih menarik. Sebagai contoh, mengambil gambar objek yang sedang bergerak memerlukan shutter speed yang laju untuk menghasilkan image yang lebih sharp.   

ISO  


Apakah itu ISO dalam fotografi?


  • ISO telah lama diaplikasikan dalam dunia fotografi sejak zaman kamera yang menggunakan filem lagi. ISO sebenarnya merujuk kepada sejauh mana sensitifnya sesuatu filem itu terhadap cahaya. Semakin besar nombor ISO yang dipaparkan semakin sensitiflah ia terhadap cahaya dan semakin banyak grain (noise) pada image yang di'capture'.
  • Keadaan yang sama juga diaplikasikan pada dunia fotografi digital, terutama pada kamera DSLR. Pada kamera DSLR , ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image Sensor terhadap cahaya . Prinsip yang sama seperti kamera film, semakin kecil nombor ISO, semakin kurang sensitif image sensor terhadap cahaya dan semakin kecil noise yang di'capture'. 

COMPOSITION

Apakah itu Composition atau Komposisi dalam Fotografi?


  • Komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Komposisi membezakan antara satu gambar dengan gambar lain.
  • Elemen-elemen seperti Rule Of Third, Keseimbangan, Garisan, Simetri, Kedalaman, dan Framing boleh dikategorikan sebagai asas-asas dalam Composition.

RULE OF THIRDS

Apakah itu Rule Of Thirds dalam Fotografi?


  • Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana straight forward. Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.



  • Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

DEPTHS OF FIELD

Apakah itu Depth Of Fields dalam Fotografi?

  • Merupakan terma yang diguna pakai untuk menunjukkan kawasan dihadapan dan dibelakang focus point utama (subjek) yang akan kekal “sharp” atau berada didalam fokus. Depth of fields ipengaruhi oleh aperture, jarak subjek, focal length, dan saiz atau format filem atau sensor.
  • Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai depth of field yang cetek. Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang focus point utama akan kelihatan kabur atau out-of-focus. Aperture yang kecil seperti F/11 atau F/16 mempunyai depth of field yang lebih dalam. Subjek yang terletak didalam sesuatu range dihadapan ataupun dibelakang focus point utama akan kelihatan sharp atau in-focus. 

BALANCE

Apakah itu Balance dalam Fotografi?
  • Balance atau keseimbangan  adalah cara meletakkan subjek, lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.
  • White balance (WB) pula adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realistik. Dalam keadaan ini objek ‘putih’ pada sesuatu subjek akan dibaca atau di ‘render’ sebagai warna putih (betul-betul putih) di dalam gambar. White balance yang sempurna mengambil kira suhu warna atau lebih dikenali dengan ‘color temperature’ dari sesuatu sumber cahaya.




ASSIGNMENT 1

2 Comments »

Assalamualaikum.

Pada 4 MAC 2014, Tugasan pertama adalah untuk mengambil 25 still picture dari laman web berdasarkan 1 tema, dan tema saya ialah bunga dan 10 video tentang fotografi.






























 10 VIDEO TENTANG FOTOGRAFI
























TUJUAN BLOG

No Comments »

Assalamualaikum.

Blog ini dibuat untuk melengkapkan tugasan individu bagi subjek Fotografi, GGGE3403  yang saya ambil di UKM sebagai subjek pilihan bebas.

Terima kasih.



pertama

No Comments »

harapan adalah pembangkit untuk mewujudkan impian. angan -angan mat jenin. hahaha. impian tanpa usaha ibarat moto tanpa minyak petrol. kihkihkih. betul sangat.